Tuesday, October 03, 2006

Abdi dan KHALIQ nya.


. Penyerahan diri



Jika engkau menyiksa mereka, maka sesungguhnya adalah hamba-hamba Engkau, dan jika Engkau mengampuni mereka, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (QS. 5:118)

Ya Allah daku berlindung dengan mu dari tergolong dalam kalangan orang orang yang berputus asa dan menganiaya diri sendiri. Ya Wadud...

Saturday, September 30, 2006

AYAH IBU KAULAH SYURGA KU


Kalaulah ibu bapa ku tahu betapa sayangnya daku kepada mereka. Cuma masyaallah aku dilahirkan dengan kecacatan emosi sbg contoh terlalu malu takut ada masanya kepada mereka.
Aku sudah kata dengan ayah sewaktu emak ke HAJI iaitu : " Ayah, kita minta maaf kerana tak dapat nak bermesra-mesra dengan ayah mcm org lain tetapi kita ada sebab iaitu kita sangat malu pada ayah sejak dari kecil. Munggkin ayah sibuk cari nafkah keluarga kita yang susah, lalu kita sedikit terabai. Tak apalah tetapi hari ini alhamdulillah anak kita Adam Dhuha sungguh rapat dengan kita macam kawan baik. Ia perasaan yang semacam ganti.
Usah ragu takut atau bimbang kita dah kata tempohari bahawa di akhirat kelak kita akan bentangkan permaidani alas tempat aayah duduk sebagai penghormatan yang sama seperti yang diberikan oleh Rasulullah kepada ibu susunya Halimatus Sa'adiah. Waktu itu ayah kelihatan tersenyum lama. Harap dia faham maksud ku dan penting sekali dia ingat kata-kata ku.